Renungan


  1. Hati


  1.    Siapa saya (Surah Al-Hajj)


  1.  Siapa saya (surah Al-Ghafir)
    ...........................................................................................................................
    2. VISI DAN MISI
  • Difinasi Visi :
  •  1. visi dalam sebuah kamus ialah suatu bayangan masa depan yang ingin kita wujudkan. Pernyataan visi menerangkan, dalam istilah grafik, di mana ia dapat memberi gambaran tentang kedudukan penentu matlamat pada masa depan. Ia mungkin dapat menerangkan perubahan yang akan berlaku dalamtempoh 10 hingga 20 tahun akan datang jika semua perkara berjalan lancar seperti yangdiharapkan.
  • 2. Tanggapan dan pandangan yg jauh dan men­dalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkem­bangan masa depan dsb.(Dewan Bahasa)

  • Difinasi Misi :
  • 1. Adalah  satu gambaran yang ringkas mengenai pandangan sesebuah organisasi dari segitujuan dan nilainya. Pernyataan misi diperoleh dari pernyataan visi (wawasan).Ciri-ciri misi ialah;

    i.   Misi  mestilah   ringkas dan  mudah diingat
    ii. Jelas dan    difaham  oleh  semua



    iii.Tidak   melebihi   25 perkataan

    iv. Menjelaskan  secara  terperinci tugas   utama organisasi
    v   .Menjawab  persoalabagaimana?
        vi.Sepatutnya   menggambarkan   kepakaran  unik    organisasi.

    vii.  Lebih meluas bagi membolehkan pelaksanaan yang lebih fleksibel.                        viii.  Menjadi panduan kepada ahli organisasi dalam membuat keputusan                           xv.  Menggambarkan nilai, kepercayaan dan falsafah pengendalian organisasi.                     x. Boleh dicapai dan realistik           .  xi Perkataan yang digunakan membantu menyemarakkan semangat kesepunyaan.



    2.Tugas khusus  yang  merupakan tanggungjawab bagi seseorang  atau  sesuatu  kumpulan(Dewan Bahasa)

Setiap ketua jabatan dan pegawai-pegawai yang di tugaskan untuk merancang dan membina visi dan misi organisai mereka mestilah faham terlebih dahulu difinasi visi dan misi  ini sebelum menerima tugasan ini.
    Visi dan misi organisasi mestilah jelas,tepat dan perlu dihayati oleh semua warga jabatan atau organisai. Visi dan misi sesebuah organisasi perlu dikaji semula mengikut keperluan, sekurang-kurang 5 tahun sekali, tetapi bukan setiap tahun atau setiap kali Ketua baru mengambil alih organisasi tersebut. Perubahan pada visi dan misi perlulah di rujuk pada dasar sedia ada organisasi tersebut, agar tidak bercanggah dengan dasar penubuhan organisasi itu di tubuhkan.
    Contoh : Penubuhan sebuah Kolej Kemahiran oleh  mana-mana kementerian.
    Pertama perlu tahu kenapa kolej ini di tubuhkan, apa tujuannya, untuk siapa, kenapa perlu sebuah kolej kemahiran, kemana arahtujunya untuk negara dan  apa impaknya kepada negara dan rakyat.
    Kedua kita perlu tahu siapa yang meluluskannya. Jika ia diluluskan oleh kabenet maka ia merupakan satu undang-undang dan menjadi dasar penubuhannya.
    Pengubal dasar akan membina visi dan misi berpanduakan kertas kerja yang telah diluluskan oleh kabenet. Selepas ini tiada sesiapa boleh dengan sewenang-wenangnya menukar visi dan misi sesuka hatinya mengikut selera ketua-ketua jabatan sesebuah organisasi. Sebarang perubahan dan penambahbaikan pada visi dan misi perlu mendapat restu dari pengubal dasar dan diluluskan oleh menteri yang bertanggung jawab. Ini bertujuan supaya ianya tidak terkeluar dari tujuan asal penubuhannya yang telah diluluskan oleh kabenet.
    Contoh pembinaan Visi dan Misi yang terbaik :

  1. Visi Kementerian Kebudayaan, Belia dan sukan Brunai "Bangsa Brunei Yang Cemerlang".  Misi nya
    "Mencanai Masyarakat Cemerlang Yang Beragama, Berbudaya, Penyayang, Cerdas, Bersatu Padu, Dinamik dan Berwawasan"

2. Visi dan Misi Kementerian Sumber Manusia.

   Visi :
Menjadi peneraju dalam bidang pembangunan dan pengurusan sumber manusia bertaraf dunia.

Misi :
  • Membangunkan masyarakat industri yang produktif, bermaklumat, berdisiplin, penyayang serta responsif kepada perubahan persekitaran perburuhan ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menambahkan peluang pekerjaan.
  • Menggalakkan dan mengekalkan perhubungan yang harmoni dan kondusif di antara majikan, pekerja dan kesatuan sekerja demi kemajuan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.
  • Mendokong keadilan sosial dan mengekalkan perhubungan perusahaan yang harmoni melalui penyelesaian pertikaian di antara majikan dan pekerja dan pengiktirafan perjanjian kolektif.
  • Memastikan kesatuan sekerja beroperasi secara demokrasi, orderly dan bertanggungjawab bagi membantu mencapai objektif mewujudkan keharmonian perhubungan perusahaan.
  • Untuk menjadi peneraju dalam pembangunan sumber manusia negara.
  • Memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin.
  • Untuk membangunkan sumber tenaga kerja yang mahir, berpengetahuan dan kompetitif dalam persekitaran perhubungan perusahaan yang harmoni dan berlandaskan keadilan sosial.

No comments:

Post a Comment